Mengapa kita perlu muhasabah diri? Kerana kita hidup didunia hanya sementara. Manusia memang sudah sebati dengan sifat mudah lupa, jadi harus sering muhasabah diri dan ingat balik dosa yang kita lakukan seterusnya bertaubat. Jadi, kita harus perbanyakkan amalan, sentiasa bermuhasabah, kerana setiap apa yang kita lakukan pasti ada hikmahnya.
Apakah kaedah untuk muhasabah diri?
Selalu berfikir/bertaffakur. Jangan mudah lupa diri dan ajaran islam serta
perintah allah swt. Fikir daripada mana asal usul kita, semua perkara mungkar,
segala azab neraka. Janganlah sombong kepada allah swt, sentiasa sujud kepada
allah swt.
Membaca, menghayati dan memahami al-quran.
Menghadiri majlis ilmu
Banyakkan bertanya tentang islam, jangan sesekali
malu. Ilmu tidak datang tanpa dicari.
Apakah yang dapat dikaitkan dengan muhasabah diri?
Siapa kenal diri, dia kenal allah taala. Dalam
islam, muhasabah diri kita kena ingat dari mana asal usul kita, ke mana arah
tuju kita. Kita kenal diri kita, dan barulah kita boleh kenal allah. Lihat diri
kita, bersihkan hati, jauhkan perkara yang mungkar. Bersyukur dan menikmati
segala nikmat allah swt. Jangan rasa kita ini hebat, walaupun manusia dapat
cipta benda hebat, tapi tiada yang dapat tandingi allah swt. Kuatkan iman,
dirikan solat, sentiasa berdoa, pelajari ilmu agama, kuatkan nawaitu, itu
sentiasa muhasabah diri.
Jadinya, setiap manusia yang telah terpesong jauh itu harus lah bermuhasabah agar kita dapat kenal diri kita seterusnya mendekatkan diri dengan Allah swt. And those yang nak berubah tu, kuatkan niat ikhlaskan hati. Semoga Allah swt terima apa kebaikan yang anda lakukan. Amin (: