Hi assalamualaikum. Alhamdulillah harini hari terakhir pada bulan Syaaban. Dan, esok merupakan hari pertama bulan Ramadhan. Bulan yang sangat mulia di mana semua umat islam akan menunaikan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Dimana juga pada bulan Ramadhan, setiap amalan/kebaikan yang kita lakukan kita akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda InsyaAllah. Jadi, berlumba-lumba lah membuat kebaikan kerana Ramadhan hanya datang setahun sekali. Semoga setiap amalan/kebaikan yang kita lakukan diterima Allah swt. Paling penting, niat tu! Kena ikhlas selalu, buat kerana Allah (: