Al Qur'an adalah kitab yang mulia, sebagai rahmat bagi alam semesta dan sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Hal ini terbukti sebagaimana firman Allah yang ertinya:
"Inilah kitab yang Kami turunkan kepada engkau, supaya engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang, dengan izin Tuhan mereka menunjukkan kepada jalan Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Terpuji."
(Ibrahim: 1)
Di dalam Al Qur'an telah terhimpun dasar dasar kebaikan dan petunjuk-petunjuk untuk membangun kehidupan serta meletakkan asas ketenteraman di muka bumi ini:
"Sesungguhnya Al Qur'an ini memimpin kepada yang lebih benar."
(Israq: 9)
Bagi seorang yang beriman, ia akan mengetahui bahawa Al Qur'an mempunyai tugas kemanusiaan, baik untuk diri manusia secara peribadi mahupun untuk masyarakat umu, iaitu mengarahkan manusia dengan cara yang sempurna. Disamping itu jua Al Qur'an adalah ubat yang hakiki bagi penyakit kegelisahan manusia. Al Qur'an adalah jawapn yang benar bagi tuntutan manusia yang hakiki. Manusia tidak akan mengetahui hakikat kemanusiaannya dan tidak akan mengetahui jalan hidup yang lurus, kecuali dengan petunjuk Al Qur'an:
"Dan Kami turunkan Al Qur'an itu apa yang menjadi ubat dan rahmat untuk orang orang yang beriman, dan tidaklah menambah bagi orang-orang yang zalim kecuali kerugian."
(Al-Israq: 82)
Al Qur'an juga adalah merupakan undang-undang hukum Allah, yang menjelaskan tentang aqidah seorang muslim, yang menegaskan tentang syariat Allah, serta mengarahkan manusia kepada perdapan yang tinggi. Justeru itu, membaca Al Qur'an dan mengetahui akan maknanya adalah suatu kewajipan bagi setiap orang Islam, dengan jumlah yang tidak terbatas setiap selesai mengerjakan solat, sehingga seseorang itu tidak putus hubungannya dengan sumber yang memberikan hidayah, serta tidak jauh dari sumber keimanan.
Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang membaca Al Qur'an dan menerangkannya, lalu ia menghalalkan yang dihalalkan Al Qur'an dan ia mengharamkan yang diharamkan Al Qur'an, tentulah Allah akan memasukkan ia ke dalam syurga dan Allah memberi syafaat sebanyak sepuluh orang dari keluarganya, yang sepatutnya mereka itu wajib mendapat siksa neraka."
(HR. Tarmizi)
Orang Islam itu hendaknya wajib mengetahui, bahawa imannya itu tidak akan kuat, rohnya tidak akan tenang, kecuali bila ia mempunyai Al Qur'an mahu membaca dan memahaminya. Pada saat itulah peribadi seorang Muslim akan betul betul kuat keimanannya, dan akan kelihatanlah budi pekerti yang diajarkan oleh Al Qur'an itu baik dalam ucapan juga perbuatannya.
Alhamdulillah sampai sini saja coretan ana untuk harini, InsyaAllah kalau ada rezeki dan pengetahuan yang lebih luas, akan ana kongsikan disini. Nasihat ana, janganlah biarkan masa berlalu, sementara bacaan Al Qur'an tidak pernah keluar dari bibir anda. Hiasi jugalah rumah anda dengan bacaan Al Qur'an sebab rumah yang tidak pernah didengarkan bacaan Al Qur'an diumpamakan oleh Rasulullah seperti kuburan.
K sampai sini, assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuhh :)