"Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Siapakah orang yang paling berhak untuk aku bergauli dengan sebaik-baiknya?" Rasulullah SAW menjawab: "Ibumu". Orang itu bertanya lagi: "Lalu siapa lagi Rasulullah Saw menjawab: "Ibumu". Tanyanya lagi: "Siapa lagi?" Rasulullah menjawab: "Ibumu". Tanyanya lagi: "Lalu selepas itu siapa lagi?" Rasulullah menjawab: "Bapamu".
(HR. Bukhari Muslim)
Antara kewajipan anak kepada kepada kedua ibu bapa adalah:
* Ta'at kepada mereka.
* Berbakti kepada mereka.
* Memberi nafkah kepada mereka.
* Berdoa untuk mereka.
* Memelihara orang tua.
Jadi, sampai sini je entri ana pada hari ini. InsyaAllah akan kembali dengan tajuk lain. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh xx